Radio IKIM.FM : klik button play untuk dengar

Jumaat, 31 Mei 2013

Biarku Menjadi Lilin (Lirik Lagu)

Lagu yang bagus untuk mengingatkan kita tentang pengorbanan orang-orang yang tersayang di dalam hidup kita. Ibu, bapa, guru-guru dan mereka yang selama ini telah banyak berkorban untuk kebahagian kita.


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Jemput Berpesan2 Di Sini :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Kandungan blog ini adalah hasil buah fikir penulis dan dipetik daripada pelbagai sumber, sebarang usaha mengubah, menerbitkan dan menyebarkan kandungan dalam blog ini adalah dibenarkan untuk kebaikan. Sila sertakan link blog ini bagi memudahkan proses rujukan sekiranya anda copy & paste di dalam blog anda.